[VIDEO] Cuci Tauke: Menjana Pendapatan yang Stabil Semasa Pandemik - Jiran

[VIDEO] Cuci Tauke: Menjana Pendapatan yang Stabil Semasa Pandemik

Mencari sumber rezeki tetap mendorong Hafizan Razali memulakan perniagaan servis pembersihan fabrik

Published on 30 June 2022

Terputus mata pencarian akibat penularan COVID-19 mengakibatkan banyak kumpulan muzik hilang sumber pendapatan apabila tiada lagi undangan untuk membuat persembahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. 

Ramai penggiat seni seperti Hafizan Razali terpaksa mencari jalan lain untuk menjana pendapatan yang lebih stabil. Beliau yang merupakan bekas vokalis kumpulan Bittersweet tampil berkongsi cerita tentang permulaan perniagaan Cuci Tauke yang dimilikinya. 

Ikuti kisah inspirasi usahawan tempatan ini dalam video kali ini: 

Layari unifi Business Club (uBC) untuk info keusahawanan terkini, manfaat eksklusif dan banyak lagi.