[VIDEO] Gallitos: Popcorn Tular Keluaran Anak Melaka - Jiran

[VIDEO] Gallitos: Popcorn Tular Keluaran Anak Melaka

Jualan merosot tetapi semangat tetap kuat

Published on 19 March 2021

Bila bercakap tentang menonton wayang, mesti kita teringatkan snek bertih jagung atau popcorn. Di Malaysia, bertih jagung adalah makanan ringan kesukaan ramai yang boleh dinikmati di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Seorang pemuda kelahiran Melaka bernama Jundullah Jantan telah membuka sebuah perniagaan menjual popcorn sejak 2019. Diberi nama Gallitos, iaitu bertih jagung dalam bahasa Sepanyol, Jundullah menggunakan resepi keluarganya bagi menghasilkan produk yang laris ini. Sambutan yang menggalakkan daripada penggemar snek menyebabkan beliau berjaya berhijrah ke kedai yang lebih besar di Shah Alam.

Namun, sejak wabak COVID-19 melanda, perniagaan bertih jagung Jundullah terkesan dan merudum. Beliau akui kesan pandemik tersebut sangatlah ketara. “Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama atau PKP 1.0, impaknya sudah terasa. Jualan kami turun dari 100% ke 20%.”

gellatos image1

Keadaan ini memaksa Jundullah untuk menjadi lebih kreatif dalam memasarkan perniagaannya, lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan PKP dan juga kegawatan ekonomi akibat pandemik ini.

“Halangan ini membuatkan kami lebih fokus kepada jualan online (dalam talian) di platform seperti Shopee, Lazada, Facebook, Instagram dan pelbagai media sosial yang lain,” jelas beliau. Menurut Jundullah lagi, mereka akan melakukan pelbagai jenis promosi demi kelangsungan perniagaan bertih jagung ini termasuklah aktiviti pemasaran untuk memperkenalkan produk terbaru mereka, Gallitos Shnacks.

gellatos image2

Beliau juga turut berkongsi sneak peek rancangan masa hadapan Gallitos yang sejujurnya sangat kreatif dan mengujakan. Mungkin anda juga boleh menikmati popcorn Gallitos di luar kawasan Lembah Klang tak lama lagi!

Untuk mengetahui kisah Gallitos dengan lebih terperinci, jom tonton video di bawah:

Jika anda ingin cari produk snek tempatan seperti Gallitos, anda boleh layari laman web Yellow Pages Malaysia dan klik kategori Food & Dining.

Nak baca lebih banyak cerita macam ini? Jangan lupa ikuti kami di Facebook, Instagram dan Twitter!