[VIDEO] Geran Digitalisasi PKS Dorong Perniagaan Tempatan Mendigitalkan Operasi Harian - Jiran

[VIDEO] Geran Digitalisasi PKS Dorong Perniagaan Tempatan Mendigitalkan Operasi Harian

TM Info-Media turut sama menggalakkan PKS beralih ke dunia digital

Published on 11 May 2021

Dalam usaha menjunjung aspirasi digitalisasi kerajaan, TM Info-Media (TMIM) muncul sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi (Technology Service Provider atau TSP) bagi Geran Digitalisasi PKS yang membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menebarkan sayap ke bidang teknologi digital.

Inisiatif ini selari dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Ia bertujuan untuk memperkasakan industri PKS tempatan dengan memudahkan proses peralihan operasi daripada fizikal kepada digital.

Melalui Geran Digitalisasi ini, para pemohon layak menerima geran padanan 50% sehingga RM5,000 bagi setiap syarikat melalui TMIM selaku TSP yang diiktiraf oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

“Geran Digitalisasi PKS diwujudkan bagi membantu PKS dalam merealisasikan potensi mereka,” kata Sean Koh, Ketua Pegawai Eksekutif TMIM. “Sektor ini merupakan antara penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia. Oleh itu, kami ingin memainkan peranan dalam memperkukuhkan lagi komuniti PKS negara,” ulasnya lagi.

Tambah beliau, “Dengan integrasi digital, PKS dapat mengembangkan perniagaan di laman digital selain berpeluang bersaing bersama perniagaan lain di dalam negeri mahupun di peringkat global. TMIM berharap para peniaga PKS di Malaysia memanfaatkan inisiatif ini kerana impaknya berupaya memantapkan operasi perniagaan mereka.”

Apakah skop digitalisasi utama di bawah Geran Digitalisasi PKS yang harus diadaptasi oleh PKS dalam operasi harian mereka?

Ianya merangkumi bidang-bidang berikut:

  1. Pemasaran Digital/Jualan
  2. Sistem Perakaunan & Pencukaian
  3. Sistem Perolehan
  4. Sistem e-Dagang
  5. Kerja Jarak Jauh/Di Luar Pejabat
  6. Sistem Electronic Point of Sale (e-POS)
  7. Sistem Sumber Manusia

Syarat-syarat kelayakan permohonan Geran Digitalisasi PKS

  1. Syarikat PKS berdaftar di bawah undang-undang Malaysia yang berkaitan.
  2. Syarikat PKS ini harus dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia.
  3. Syarikat PKS telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun.
  4. Jika baru beroperasi selama 1 tahun, syarikat anda perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum sebanyak RM100,000.
  5. Jika telah beroperasi melebihi 2 tahun, syarikat anda perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum sebanyak RM50,000 untuk 2 tahun berturut-turut.

Sekiranya anda memohon geran ini bersama TMIM, anda bakal menerima pilihan pakej pengiklanan di Facebook yang sangat versatil. Setiap pakej yang ditawarkan direka khas untuk memenuhi visi anda dalam memasarkan produk atau jenama anda.

Ingin jenama anda diketahui ramai? Pakej yang disediakan membolehkan anda meraih lebih banyak capaian di Facebook, Instagram dan Facebook Messenger dalam jangka masa yang tertentu.

Jika anda mahukan lebih banyak reaksi dan maklum balas daripada orang ramai, pakej-pakej yang disediakan oleh TMIM memberi peluang kepada anda untuk meningkatkan tontonan video di saluran perniagaan anda.

Apa yang unik tentang pengiklanan di Facebook adalah kepelbagaian variasi formatnya yang boleh menarik perhatian pelanggan-pelanggan baru. Contohnya, jika anda seorang penjual perabot, penggunaan format seperti Facebook Carousel dan video membolehkan pelanggan anda melihat produk anda dari pelbagai sisi.

Bukan sahaja Facebook, TMIM juga menyediakan khidmat pengiklanan di platform Google yang membolehkan laman web anda berada di kedudukan yang baik di enjin carian. Dengan barisan pakej yang sedia ada, anda boleh mengiklankan perniagaan anda di Google hinggalah ke YouTube juga.

Tonton video ini untuk ketahui lebih lanjut:

Berminat untuk memohon Geran Digitalisasi PKS? Kunjungi https://biz.yp.my/microsite/smegrant/ sekarang juga!

Berikan sokongan kepada PKS di kawasan anda. Layari direktori perniagaan tempatan di laman web serba baharu Yellow Pages Malaysia.