[VIDEO] Keistimewaan Food Valet Sungai Ramal, Kajang - Jiran

[VIDEO] Keistimewaan Food Valet Sungai Ramal, Kajang

Premis tumpuan kaki makan ini wajib ada dalam senarai anda. Komen pelanggan pun positif belaka. Memang kena pergi!

Published on 25 March 2022

Anda mencari tempat makan yang ada bermacam-macam jenis hidangan? Kunjungi Food Valet Sungai Ramal untuk merasai pengalaman menjamu selera yang unik.

Beratus menu makanan dan minuman ditawarkan di sini. Dari lauk-pauk tradisional hinggalah ke makanan Barat, variasi hidangan daripada 19 vendor terpilih pasti buat anda rambang mata!

Selain lokasinya yang strategik, konsep terbuka serta pelbagai kemudahan menjanjikan keselesaan kepada pelanggan yang datang bersama keluarga dan sahabat handai. Jom tonton kelainan yangdibawakan oleh Food Valet:

Nak tahu banyak lagi kedai makan yang menyajikan juadah luar biasa dengan harga berpatutan? Ikuti Jiran di YouTube untuk video terkini.

Buat usahawan makanan yang ingin mendigitalkan bisnes anda, terokai solusi perniagaan serta faedah eksklusif daripada unifi Business Club (uBC).