[VIDEO] Kek Lapis Sarawak Yang Sihat dan Bebas Gula - Jiran

[VIDEO] Kek Lapis Sarawak Yang Sihat dan Bebas Gula

Nikmati keistimewaan kek lapis byMerrissa

Published on 18 May 2021

[Jiran Biz]

Juadah kek memang sinonim dengan majlis perkahwinan atau sambutan hari jadi. Perisa seperti coklat, vanila, red velvet dan black forest sering menjadi pilihan.

Di Sarawak pula mungkin sedikit berbeza. Negeri ini terkenal dengan tarikan keknya yang tersendiri iaitu kek lapis Sarawak. Kek ini amat sesuai digandingkan dengan teh atau kopi buat sesi minum petang bersama yang tersayang atau dihidangkan semasa musim perayaan.

Walau bagaimanapun, makanan manis tidak sesuai diambil dalam jumlah yang banyak. Mujurlah Kek Lapis byMerrissa menawarkan kek lapis versi sihat dan bebas gula. Menurut Hafiz dan Merrissa, pasangan suami isteri yang merupakan pemilik perniagaan ini, kek lapis keluaran mereka diperbuat daripada bahan-bahan yang premium, tiada gula dan bebas gluten.

Nak dengar sendiri cerita mereka tentang produk unik ini? Saksikan video di bawah!

Mencari pencuci mulut untuk seisi keluarga? Dapatkan pelbagai pilihan di Yellow Pages Malaysia: https://yellowpages.my/services/l/food-dining