[VIDEO] Nasi Lemak Seikhlas Hati - Jiran

[VIDEO] Nasi Lemak Seikhlas Hati

Ini rahsia nasi lemak makcik laku keras!

By Khai Kyreel Published on 3 February 2021

[Jiran x MMU]

Jam menunjukkan hampir 8.00 pagi. Perniagaan makcik ini dah hampir selesai. Tadi kami nak datang dan beli awal, tapi sampai-sampai je makcik dah nak tutup gerai dah.

“Takde lagi ke, makcik?”

“Dah habis, nak oi! Esok datang jam 7 pagi.”

Buka jam 7.00 pagi. Selesai sebelum jam 8.00 pagi. Kebiasaannya, memang ramai yang beratur membeli juadah makcik ini. Ada pelanggan yang ambil sendiri. Ada juga yang bawa bekas untuk tapau dan makan di tempat kerja atau untuk bekal anak ke sekolah.

Bila tanya apa rahsia jualan makcik laku, makcik kata berniaga kenalah dengan ikhlas dan niat bersedekah. Makcik ini jual nasi lemak cukup semua bahan. Ada telur, sambal, kacang, ikan bilis dan timun. Kira lengkaplah tu walaupun telurnya hanya seperempat. Sambal memang sedap. Nasi pula banyak. Kenyang makan seorang.

“Tak rugi ke jual RM1.00 je, makcik?”

Jawabnya sambil tersenyum, “Tak, cuma kurang keuntungan je.” Tambahnya lagi, tiada niat untuk menaikkan harga nasi lemak jualannya. Walaupun harga barang mentah seperti ikan bilis semakin mahal, dia tetap kekalkan harga sedia ada. Menurut makcik, dia cuba dapatkan ikan bilis yang sederhana murah tetapi baik kualitinya.

Cakap pasal kacang pula, dia sangat berhati-hati dalam menggorengnya. Terlebih goreng, boleh hangit. Memang tak sesuai untuk dijual.

Selain nasi lemak, ada juga bihun goreng, mi goreng dan kuih-muih. Semua buatan makcik ini sendiri. Makcik kata, selagi larat, dia buat semuanya sendiri.

Makcik ini meniaga di hadapan rumahnya di Taman Impian Putra, Bangi. Lokasinya berhadapan dengan padang bola di Taman Impian Putra. Klik pautan peta ini: https://goo.gl/maps/Hh7y4WGB3LebNqqC9

Tonton video di bawah kalau nak tahu rahsia nasi lemak laku keras:

Biodata penulis:

Khai Kyreel merupakan pensyarah di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Multimedia (MMU). Selain mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi seperti komunikasi digital dan Internet of Things, beliau turut berbakat dalam menghasilkan kisah-kisah kejiranan dan sering merakam apa yang berlaku di sekitar beliau untuk tatapan bersama.

Anda juga ada cerita menarik yang ingin dikongsi? Hantarkan karya kreatif anda kepada kami! Hubungi kami di jirandigital@gmail.com atau Facebook @kitajiran.