[VIDEO] Nikmati Keenakan Lauk Kenduri di Gerai Nasi Kahwin Hari-Hari - Jiran

[VIDEO] Nikmati Keenakan Lauk Kenduri di Gerai Nasi Kahwin Hari-Hari

Rindukan sajian istimewa yang biasanya hanya dihidangkan di kenduri kahwin? Warung ini mampu menepati selera anda!

Published on 24 March 2022

Antara perkara yang paling menyeronokkan apabila menghadiri majlis perkahwinan ialah peluang untuk menikmati hidangan kenduri yang lazat. Pasti ramai di antara kita yang merindui masakan kenduri semasa pandemik.

Anda teringin hendak makan lauk-pauk yang memiliki rasa asli sajian di majlis kenduri? Gerai Nasi Kahwin Hari-Hari ada semua yang anda idamkan!

Anda boleh segera berkunjung ke warung ini untuk menjamu selera. Terletak di Jalan Berangan, Bukit Bintang, ia menghidangkan nasi kenduri utara dengan harga yang berpatutan. Jom saksikan keunikannya:

Menerokai syurga makanan sememangnya aktiviti yang digemari rakyat Malaysia. Ada tempat makan yang lain daripada yang lain di kawasan kejiranan anda? Kongsikan kepada kami di Facebook, Instagram dan Twitter dengan #kitajiran.