[VIDEO] unifi Business Bimbing Perniagaan Tempatan Berkembang Melalui Digitalisasi - Jiran

[VIDEO] unifi Business Bimbing Perniagaan Tempatan Berkembang Melalui Digitalisasi

Inisiatif transformasi digital membuka peluang kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana untuk meningkatkan kecekapan dan memperhebatkan pencapaian

Published on 21 April 2022
  • unifi Business menawarkan solusi dan strategi transformasi digital kepada peniaga PMKS untuk kembangkan perniagaan dalam talian pada kos minimum
  • Lima peniaga di Pasar Siti Khadijah terpilih untuk mendapat tajaan penyelesaian perniagaan digital daripada unifi Business
  • Ahli unifi Business Club (uBC) berpeluang menikmati pelbagai faedah termasuklah bantuan kewangan dan latihan pemasaran digital

Krisis COVID-19 membuka mata masyarakat terutamanya pemilik perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengenai kepentingan transformasi digital. Ramai peniaga tempatan mula berminat untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka setelah menyedari bahawa transformasi digital dapat memberi impak positif ke arah memajukan dan mengembangkan perniagaan secara berterusan.

Namun, kesedaran untuk beralih ke platform dalam talian sahaja tidak mencukupi kerana kebanyakan peniaga PMKS tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang digital.

Mengikut kajian dan maklum balas yang diterima, golongan PMKS hari ini sebenarnya peka tentang pentingnya adaptasi digital dalam usaha menambah baik perniagaan mereka. Namun, antara cabaran paling ketara yang dihadapi oleh pemilik PMKS dalam mengaplikasikan teknologi ialah kesukaran untuk melaksanakan kaedah pendigitalan serta kos digitalisasi yang tinggi. Mereka juga kurang mendapat pendedahan tentang cara untuk mengoptimumkan operasi syarikat secara digital.

unifi Business tampil beri solusi digital lengkap kepada usahawan PMKS tempatan 

Di sinilah bermulanya peranan unifi Business untuk mengubah corak pemikiran komuniti PMKS dengan menawarkan sokongan strategik bagi membantu peniaga memacu operasi ke arah pertumbuhan perniagaan yang lebih dinamik. Dengan cara ini, sudah pasti peniaga PMKS akan berasa lebih yakin untuk mempercepatkan proses digitalisasi.

unifi Business memainkan peranan penting sebagai rakan digital terpilih yang diyakini dan dipercayai oleh PMKS di Malaysia. Sehingga kini, unifi Business telah berjaya menyalurkan perkhidmatan penyelesaian kepada sebahagian besar PMKS tempatan.

Ini termasuklah hampir 400,000 pelanggan PMKS yang berdaftar di bawah unifi Business. Para pemilik perniagaan tersebut telah merebut peluang untuk memanfaatkan penyelesaian digital serba komprehensif yang merangkumi pakej solusi pendigitalan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.

jiran unifi PSK digitalmarketing 25306962

Tambahan lagi, sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi di bawah Geran Digitalisasi PKS, unifi Business komited dalam menawarkan rangkaian solusi lengkap buat komuniti PMKS di seluruh negara. Solusi digitalisasi tersebut bukan sahaja memberi faedah secara menyeluruh kepada para peniaga yang melanggan bahkan berupaya menyokong setiap langkah perjalanan digitalisasi mereka. 

“Kami amat berbesar hati melihat perubahan positif yang ditunjukkan PMKS menerusi inisiatif pendigitalan perniagaan oleh unifi Business. Meskipun ramai antara mereka yang berdepan dengan cabaran hebat berikutan pandemik COVID-19, para peniaga ini berani untuk bangkit semula dan membuktikan yang mereka mampu berjaya memajukan perniagaan dengan bantuan penyelesaian pendigitalan yang kami tawarkan,” ulas Ts Mohamad Yusman Ammeran, Ketua Segmen Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) unifi.

Dengan rangkaian penyelesaian unifi Business, usahawan PMKS boleh mengembangkan perniagaan secara dalam talian bagi meningkatkan promosi serta produktiviti pada kos yang sangat minimum menerusi Internet berkelajuan tinggi.

Para peniaga yang kurang menguasai literasi digital tidak perlu risau. Konsultan yang berpengalaman akan sentiasa membantu dan memberi tunjuk ajar dengan cara paling efektif serta mudah difahami sepanjang transformasi digital berlangsung. 

Tonggak kepada pelaksanaan pendigitalan supaya PMKS kekal relevan dan kompetitif

Bagi mengukuhkan lagi kedudukan golongan usahawan yang baru sahaja menceburi pasaran digital, unifi Business turut menyediakan unifi e-Commerce Hub, hab sehenti yang memudahkan mereka menguruskan perniagaan e-dagang. Khidmat ini merangkumi kemahiran membina laman web serta cara berinteraksi dengan pengguna di media sosial. 

Di samping itu, dengan adanya servis penyenaraian premium di cari@unifi, PMKS dapat melebarkan lagi sayap perniagaan mereka. Promosi yang meluas melalui senarai dalam talian dan penerbitan artikel membolehkan perniagaan menjangkau lebih ramai pelanggan.  

Bagi menggalakkan penguasaan kemahiran digital dalam kalangan peniaga PMKS, unifi Business telah berkolaborasi dengan syarikat teknologi seperti Microsoft untuk memastikan agar peralihan perniagaan konvensional kepada perniagaan digital dapat dilaksanakan. Penggunaan Microsoft 365 berupaya meningkatkan daya kecekapan pengurusan perniagaan, memudahkan usahawan PMKS untuk berhubung dengan pengguna pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. 

Kejayaan peniaga Pasar Siti Khadijah bukti keberkesanan solusi digitalisasi unifi Business

jiran unifi PSK 2

Lima perniagaan di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan telah terpilih untuk menyertai kempen anjuran unifi Business baru-baru ini. Objektif program ini ialah untuk membantu golongan PMKS berkembang serta mengalihkan peniagaan mereka ke platform digital. 

Kesemua usahawan PMKS yang mendapat tajaan sokongan pemasaran digital ini merupakan pelanggan pakej penyelesaian perniagaan di bawah unifi Business yang telah menyertai webinar bual bicara Jom Bisnes di cari@unifi edisi negeri Kelantan yang memaparkan perkongsian ilmu perniagaan digital daripada pakar-pakar industri serta para usahawan berjaya sekitar Oktober tahun lalu. 

Untuk meningkatkan prestasi perniagaan mereka, para peniaga yang terlibat telah diberikan tunjuk ajar khusus dan bimbingan latihan oleh konsultan unifi Business secara berperingkat. Inisiatif ini telah membantu para usahawan PMKS terbabit untuk lebih dikenali pengguna seterusnya mampu meningkatkan hasil jualan ke tahap yang lebih tinggi.

Mari ikuti perkongsian lima peniaga Pasar Siti Khadijah tersebut. 

Bawalz.my 

]

 Menurut pemilik Bawalz.my iaitu Norsalsabila Zawawi, selepas menerima tunjuk ajar daripada konsultan unifi Business dan mengaplikasikan ilmu pemasaran digital yang dipelajari melalui latihan Digital Marketing Solutions yang dijalankan oleh unifi Business, perniagaan tudung bawal yang diuruskannya kini bertambah maju. Jualan juga melonjak naik berbanding sebelumnya. 

Naa Serunding 

Abdul Hamid @ Abdul Aziz Derahman ialah pemilik Naa Serunding, perniagaan makanan kering tradisional seperti keropok ikan, kerepek sagu, dodol dan serunding. Semenjak beliau mendaftarkan perniagaannya untuk disenaraikan di platform cari@unifi, barisan produk jualannya kian dikenali ramai. Saban hari, kedainya tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan. Beliau turut menerima tempahan serunding yang tinggi menerusi pesanan dalam talian hasil aktiviti promosi efektif di media sosial. 

Azma & Azreen Collection 

Peka dengan permintaan masyarakat hari ini yang menggemari rekaan berciri moden, Norazma Mohd Jaafar iaitu pemilik Azma & Azreen Collection bijak mengetengahkan koleksi fesyen terkini. Antara produk yang selalu mendapat permintaan ramai ialah kaftan batik lukis tangan dan songket tenun yang dihasilkan menggunakan serat tenun bermutu tinggi.

Selain menawarkan pilihan fesyen menarik, Norazma mengakui bahawa kejayaan yang dikecapinya hari ini adalah kerana dorongan serta tunjuk ajar yang diperolehinya daripada konsultan unifi Business. Penyelesaian digital lengkap yang ditawarkan oleh unifi Business berjaya mengubah haluan perniagaan Azma & Azreen Collection untuk menarik lebih ramai pelanggan dan lebih berdaya saing.

Sue & Mie Serunding

Buat Roslina Suria Hussin, pemilik Sue & Mie Serunding,produk makanan tradisi Kelantan seperti keropok ikan tamban asli, serunding daging, ayam dan ikan serta dodol Kampung Laut kini sudah semakin laris. Semua jenis serunding yang dijual di kedainya diperbuat daripada bahan-bahan premium dan dimasak sendiri oleh ibunya menggunakan resipi asli serunding Kampung Laut yang diwarisi turun-temurun. 

Jelas Roslina, bimbingan yang diberikan oleh konsultan unifi Business telah mengubah cara beliau menguruskan perniagaannya yang kini sudah beralih ke platform digital. Dengan mengendalikan promosi menerusi media sosial, capaian kepada pelanggan adalah lebih menyeluruh sekali gus meningkatkan hasil jualan dengan berkesan.

Wan Rokiah Batek 

Noorul Farahana Akmi, pemilik perniagaan kain jenama Wan Rokiah Batek yang menjual pelbagai rekaan batik dan tudung bawal sulam tangan menzahirkan rasa gembira beliau apabila perusahaan kecil miliknya sudah semakin mendapat perhatian umum. Beliau sangat menghargai bimbingan dan tunjuk ajar komprehensif yang diberikan oleh pihak unifi Business. 

Menurut Farahana lagi, platform cari@unifi memudahkan para pelanggan untuk mencari maklumat berkaitan produk-produk keluaran jenamanya sehinggakan ramai pelanggan dari negeri lain yang menghubungi kedai secara dalam talian untuk membuat tempahan batik lukis tangan eksklusif yang dihasilkannya. 

unifi Business Club (uBC) sebagai ekosistem sokonganbuat komuniti PMKS

jiran unifi PSK text bubble

Untuk memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan tanpa sebarang halangan terutamanya di era COVID-19, unifi Business turut menyediakan ekosistem sokongan menerusi unifi Business Club (uBC).

Dengan program peningkatan kemahiran digital anjuran uBC, ahli berdaftar berpeluang mendapatkan latihan percuma dengan menyertai kelas-kelas digital bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran tentang digitalisasi.

Selain itu, ahli uBC juga boleh menyertai webinar dan sesi diskusi interaktif bersama pakar dan tokoh perniagaan jemputan yang dianjurkan secara berkala. Ahli uBC akan dibantu dan dipantau oleh konsultan unifi Business yang mempunyai sijil ICDL Asia iaitu pensijilan kemahiran digital terkemuka.

Di samping itu, ahli berdaftar juga akan mendapat akses tanpa had kepada bermacam-macam kandungan semasa di portal uBC. Ini termasuklah webinar, rancangan bual bicara mengenai ilmu perniagaan, panduan berguna serta artikel yang membantu usahawan untuk menavigasi dunia perniagaan. 

Ahli uBC turut berpeluang menikmati bantuan kewangan khusus, tunjuk ajar dalam pemasaran digital dan program komuniti yang dicipta khas untuk pelbagai jenis perniagaan. Sebagai contoh, uBC menjalinkan kerjasama dengan beberapa agensi dan pertubuhan kerajaan seperti SME Corporation Malaysia (SME Corp), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan syarikat-syarikat perbankan terpilih untuk menawarkan bantuan kewangan dan logistik kepada para peniaga yang memerlukan.

Berminat untuk ketahui lebih lanjut? Nantikan artikel seterusnya tentang uBC di JiranUntuk info terkini berkenaan unifi Business, layari laman web rasmi unifi, portal uBC dan platform cari@unifi.

Dapatkan tip perniagaan berguna di laman sosial Jiran. Ikuti kami sekarangdi Instagram, Facebook dan Twitter!