[VIDEO] Wan Rokiah Batek Hargai Bantuan Penyelesaian Perniagaan unifi Business - Jiran

[VIDEO] Wan Rokiah Batek Hargai Bantuan Penyelesaian Perniagaan unifi Business

Sejak mempromosikan produk dan jenama di platform digital, perniagaan tempatan ini kian dikenali dan mendapat perhatian peminat batik lukis tangan

Published on 21 April 2022

Membangun dan menguruskan perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) seperti Wan Rokiah Batek. Namun, dengan adanya sokongan dan tunjuk ajar daripada konsultan unifi Business yang sentiasa bersedia untuk membantu golongan PMKS, jenama Wan Rokiah Batek semakin tersohor dalam kalangan pencinta batik lukis buatan tangan.

Selain berhasil menarik lebih ramai pelanggan ke premisnya yang terletak di Pasar Siti Khadijah, promosi jenama dan produk secara dalam talian oleh unifi Business menjadi antara faktor utama mengapa perniagaan ini berupaya menempa kejayaan yang membanggakan!

Jom tonton paparan eksklusif tentang Wan Rokiah Batek:

Ingin dapatkan banyak lagi panduan berguna untuk mengembangkan perniagaan? Langgan saluran YouTube Jiran sekarang.

Jangan lupa juga untuk kongsikan platform unifi Business Club (uBC) dengan keluarga dan kenalan anda agar kita sama-sama cemerlang dalam dunia keusahawanan!