Whimsy Bloom: Servis Membawa Kejutan Romantis Kepada Yang Tersayang - Jiran

Whimsy Bloom: Servis Membawa Kejutan Romantis Kepada Yang Tersayang

Pasangan anda merajuk? Whimsy Bloom kan aje!

Published on 11 May 2021

Semua orang pasti sukakan kejutan yang romantis, tidak kiralah dalam bentuk coklat Belgium ataupun lamaran flash mob di hadapan air pancut Pavilion. Lebih-lebih lagi, di era pandemik ini, ramai pasangan yang terpaksa berpisah dan berhubung secara jarak jauh, jadi kejutan-kejutan seperti inilah yang memainkan peranan penting dalam memekarkan lagi hubungan percintaan.

Supporting Image 1 Whimsy Bloom KL

Kerana permintaan yang tinggi, Ramadhani Safitri Zainal mengambil peluang untuk membuka Whimsy Bloom, sebuah perniagaan yang membawa kejutan dan keceriaan kepada yang tersayang.

“Perniagaan bermula dari rumah saya sendiri pada tahun 2015. Tetapi pada masa itu saya hanya boleh menawarkan servis saya di Kajang, Semenyih dan Bangi kerana saya tinggal di kawasan Kajang. Saya sendiri yang mengurus semua kerja, daripada mengaturkan tempahan hinggalah membuat kejutan kepada penerima. Ketika itu, saya mendapat dalam 2-4 pesanan dalam sehari,” katanya.

Supporting Image 2 Whimsy Bloom KL

Pasca tahun pertamanya menjalankan operasi Whimsy Bloom, Ramadhani berkahwin dan berpindah ke Gombak. Bisnesnya mula berkembang ke kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Atas permintaan ramai, beliau mula berurusan terus dengan pembekal untuk mendapatkan bunga segar, kotak, pembungkus, belon dan sebagainya.

Supporting Image 3 Whimsy Bloom KL

Pada tahun 2017, Ramadhani mengalihkan perniagaannya ke dalam talian. Beliau juga mengalih fokus operasi kepada penghantaran bouquet atau jambangan bunga. Kalau dahulunya hanya menghantar bunga, kini Ramadhani menghantar coklat, kek dan juga hadiah wang tunai. Suaminya juga membantu dalam hal penghantaran sebelum beliau mengupah pekerja penghantaran yang tetap.

Supporting Image 4 Whimsy Bloom KL

“Alhamdulillah, tahun ini kami berjaya membuka kedai di lokasi yang baik di Petaling Jaya. Kini, kami dapat lebih banyak pelanggan kerana caj penghantaran adalah berpatutan. Whimsy Bloom pula sudah boleh menyediakan pelbagai jenis kejutan termasuklah servis menghias meja, bilik hotel dan buah tangan pengantin,” kata Ramadhani.

Supporting Image 5 Whimsy Bloom KL

Jelas bahawa Ramadhani amat gembira dengan perkembangan perniagaannya. Maklumlah, Whimsy Bloom ditubuhkan untuk menceriakan hari seseorang, jadi penggiatnya juga haruslah gembira dengan inisiatif-inisiatif beliau sendiri.

Ingin memujuk kekasih anda dengan sebuah kejutan istimewa? Jom ke Whimsy Bloom!

Kami juga ada sesuatu yang menarik untuk anda. Klik pautan ini dan dapatkan pelbagai jenis perkhidmatan di Yellow Pages Malaysia.

Berhasrat untuk mengembangkan bisnes anda di laman digital seperti Whimsy Bloom? Jom dapatkan Geran Digitalisasi PKS di sini.